Thursday, June 9, 2011

The Power of Cik Bada Family

Ermmm...lama sudah Cik Bada menyepikan...mohon maaf kerana Cik Bada sangat lah sibuk. Pssstttt...Tadi Cik Bada baru tengok gambar Cik Bada tunang kat lappy adik. Sila marah & kutuk Cik Bada yer & kalau nak pukul pon boleh. Tarak kisah punyer sebab Cik Bada ni selamber sangat. Bolehla pulak tak tengok gambar. Kalau orang lain confirm kelam kabut nak tengok. Cik Bada ni dah basi baru terhegeh-hegeh nak tengok haha...

Sambil-sambil tengok, Cik Bada sangat suke gambar-gambar yang akan Cik Bada letak kat bawah...


Cik Bada sangat sayang mereka semua...

Friday, May 27, 2011

Banding

Hari ini Cik Bada terima seorang tetamu iaitu seorang student dari Arab. Dia telah datang untuk meminta SOLUTION buku teks. Cik Bada sangatlah terkejut. Apakah????Berani nyer...Sepatutnya dia haruslah mencuba jawab soalan dulu baru datang jumpa and tanya SOLUTION. Ini tak terus datang dengan mintak SOLUTION. Dan jawapan Cik Bada mudah..."You've to solve the question first, then if you've any question or confusion do come and discuss it with me"...Tapi student itu masih tak faham sampai Cik Bada terfikir Cik Bada ni cakap bahasa apa dengan dia sampai dia tak faham. Maka bermula sebuah drama..

Dia mengatakan yang dia tahu yang majority daripada student kelas Cik Bada adalah student yang bagus sebab dia ada banyak kelas yang sama dengan student berkenaan. Jadi mengikut firasat dia Cik Bada akan menaikkan graph final exam bagi kelas itu kerana dah tentu-tentu students yang bagus itu akan mendapat markah yang sangat bagus. .... Cik Bada sangatlah terkejut....Ko nak berdrama ek dengan Cik Bada. Maka Cik Bada pun membalas dengan drama jugak la yer....hehe

CIk Bada cakap yang Cik Bada tak pernah mengubah gred sama ada menaikkan @ menurunkan gred. Cik Bada hanya mengikut gred yang telah university tetapkan. Kenapa pulak Cik Bada nak ubah kan??? Cik Bada pun sambung, gred yang students Cik Bada dapat selalunya berpadanan dengan usaha dia. Tak pernah ada bias...Lagi satu Cik Bada nak hasilkan student yang berkualiti bukan 'downgrade' student. Plus Cik Bada bagi student itu choice sama ada nak jadi student yang berkualiti atau yang downgrade. Terus terdiam dia. Tak tercakap apa pun....Sebelum ni banyak cakap sampai tak bagi Cik Bada bercakap. Itula...jangan main kasar ngn Cik Bada...=)..

Apa yang dapat Cik Bada simpulkan ialah janganlah banding-banding kan diri awak dengan orang lain. Ye mungkin, subject lain students yang awak bandingkan itu hebat tetapi tak semestinya semua subjek itu dia hebat. Kalau mereka hebat pun, itu semua adalah disebabkan usaha dan kerajinan mereka. Mana ada orang hebat tanpa usaha yang rajin dan kesungguhan dia.Yang paling penting ialah PERCAYA PADA DIRI SENDIRI...kalau orang boleh berjaya, kamu juga boleh berjaya ok...=)

Thursday, May 26, 2011

Happy!!!


Hari ini mak, ayah, angah n adik nak datang jumpa Cik Bada. Rasa hepi sangat-sangat sebab lama dah oooo tak jumpa mereka. Mereka datang atas sebab nak uruskan scholarship adik dengan Prince Court Hospital. Cik Bada bangga gile sebab ada adik yang pandai pastu dapat scholarship lagi. Meh Cik Bada pukul sesapa yang tak bangga dengan adik sendiri...Sekarang adik dah habis belajar dan adik telah tutup detik persekolahan dengan bergaya sekali dengan pointer 3.92!!. Dahla course pharmacy!!! Sangat hebat kan....Cik Bada pun tak pernah dapat pointer macam mana...Tahniah adik ku sayang. Along sangat bangga dengan adik.

Namun, berita tak bestnya mungkin mereka tak dapat tido kat rumah Cik Bada sebab mereka harus tido di hotel berhampiran hospital berkenaan. Yela...Jalan kat KL kan sesak teramat sangat waktu bekerja kan. Itu sangat sedih...Dah nak stop tulis sebab rasa nak nangis...huhuhu

Wednesday, May 25, 2011

No more

Dari minggu lepas sampailah hari ini, Cik Bada rasa penat sangat. Banyak program pelajar perlu dihadiri..Itu adalah sebagai tanda yang Cik Bada sangat support semua program students. Dan mungkin ini adalah pendekatan yang baik untuk lebih dekat dengan students.

Bila berada di kalangan student, Cik Bada dapat rasakan semua masalah hilang. Yela...waktu inila nak lupa diri beraktiviti aka berseronok. Sebab kekadang aktiviti mereka sangatlah canggih-manggih. Tak perlu pun budget tinggi-tinggi. Mereka lebih briliant untuk buat aktiviti yang sangatlah fun =). Macam semalam, ada permainan congkak, word search, sudoku, cupcake decorating, buat sandwich and etc. Meriah sangat! dan Cik Bada pun enjoy sangat-sangat!

Berkaitan campur tangan orang dewasa dalam aktiviti students sebenarnya bagus tetapi cukuplah hanya guide mereka dan bantu mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan. BUKAN dengan cara menghentam aktiviti mereka spt "kenapa buat mcm tu...u kena buat mcm nie..", "u MUST follow my idea ---> arahan yang sangat dibenci oleh student"...Cik Bada pun tak suke. Sebenarnya, orang dewasa hanyalah perlu support aktiviti yang students buat. They actually have a lot of ideas and sometimes idea orang dewasa tu sangatlah kuno..Cik Bada boleh rasa dan faham perasaan students.

Sepatutnya orang dewasa harus biarkan mereka explore segala idea, dan belajar sesuatu daripada program yang mereka buat. Orang dewasa hanyalah perlu support, advice dan bimbing mereka untuk menghasilkan program yang berkualiti dan ada wow faktor. Itu kan baru cantik!!! Students suke dan gembira, orang dewasa pun tak kan ada kerja yang banyak...

Ini semua hanyalah sebahagian pendapat Cik Bada...

Monday, May 23, 2011

Perasmian Karnival Kelompok 2011

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yg sangatlah hectic. Penat sangat...Bangun dengan awal yang teramatlah sangat. Program mula pada 7.15 am. Tetapi kerana mengalami sedikit masalah mahu ke tandas, Cik Bada telah sampai pukul 7.30 am. Nasib tak mula lagi, jadi taklah malu sangat bila lambat =)....

Gambar ini adalah apabila Cik Bada n Cik Iza baru saje nak merehatkan diri setelah kelam kabut. Mata pon sepet lagi kan...Kami mengamalkan prinsip "Bangun je pagi MESTILAH sentiasa SENYUM dengan gembiranya kerana SENYUM itu kan sedekah"
Kemudian masalah telah datang dengan gembiranya walaupun masih di awal pagi. Tengokla tu muka Dr Hanim dan En Shuhairy dan Cik Bada. Kerut-merut muka kami. Haishhhhh...Tapi macam mana Cik Iza itu boleh senyum...Masalah jugak tu hehehe =).


Lepas tu En Shuhairy pon berkata "Kita sambung sembang lepas ni yer. Jom kite berexercise dulu bagi semua lemak manis disukai ramai itu hilang dulu". Dan buatlah aerobik tapi kenapalah muka Cik Bada itu berkedut. Nanti cepat tua baru tau kan.
Bila dah hilang lemak manis disukai ramai itu barulah Cik Bada boleh senyum semula. Siap ada peace lagi tau.

Tak habis-habis lagi perbincangan masalah. Tapi Cik Bada malas layan lalu buat muka "Whatever =)"
Kerana malas layan, Cik Bada terus pegi arah students sampai mengedik untuk tangkap gambar bersama. Maka jadilah pose sebegini (sila tengok gambar atas yer =))

Lepas itu Izzati (Ketua Biro Cik Bada) cakap jom bergambar dengan advisor memasing. Jadi berlaku pose ganas lagi comel oleh Izzati dan Cik Bada. Tangan sebegitu adalah untuk menunjukkan yang kami adalah gagah perkasa sebab kami berdua masih bertahan walaupun memacam dugaan. Izaati adalah si cantik di sebelah Cik Bada yang memakai baju hitam dan tudung coklat itu.

Ermmm...memacam lagi berlaku. Ada yang manis dan ada yang pahit. Tapi Cik Bada nak cerita benda yang manis sahaja. Yang pahit pergi jauh-jauh yer...Cik Bada tak soka!!!!

Thursday, May 12, 2011

Betul cakap orang dulu-dulu

Walaupun sedikit, tapi ia amat bermakna. Cik Bada bersyukur. Baru semalam bercakap cakap dan percakapan terus bersama doa dan hari ini berita gembira itu telah datang.

Betul cakap orang dulu-dulu...Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...=)

Yang penting "JANGAN PENAT BERDOA DAN MEMINTA PADA ALLAH.."