Thursday, March 31, 2011

Esok cuti....

Esok saya cuti...Yeaaaa....Sok adalah hari beraktiviti kakak dan adik kerana adik saya yang terchenta datang. Aktiviti sudah disusun by aktivity planner CIK BADA hahaha...Aktiviti esok adalah semua berunsurkan keperempuan yang mana ia akan bermula pada pukul 11am sehinggalah petang (kalau 2-2 larat lagi la..). Malam tak boleh sebab Cik Bada kena duty residen pulak =(...

9.30 am : Dua-dua dah kena bangun otherwise kami akan bergaduh rebut bilik air dan tandas yer (tandas SANGAT penting untuk kami di kala pagi-pagi kerana kami adalah di dlm golongan suke ke tandas pagi-pagi...=))
10.30 am : Kena cari makan untuk lebih bertenaga untuk aktiviti selanjutnya.
11.00 am : Facial treatment @ Bangi =). Best best...lama tak memanjakan diri sendiri. Appointment dah dibuat. Kena sampai sebelum pukul 11 am otherwise melepas lah...

Selalunya kalau buat facial treatment, masa yang di spend di sana adalah 1jam atau 1 jam setengah. Waktu nie siap boleh tido-tido lagi tau.

Lepas memanjakan diri haruslah pegi jalan-jalan cari pasal...hahaha =)...Lokasi yang akan di attack????RAHSIA hahaha (perasan artis pulak ek)...

Bila dah ke petang, kami nak pergi pasar malam pulak sebab nak jalan-jalan cari makan pulak...TARGET to achieve ----- adik kata dia nak beli tau fu far ala soya yang lemah lembut pastu ada gula yang kekadang kaler putih, hitam atau hijau...

Malam...jaga hostel la pulak dan tengok TV dan seterusnya TIDO....zzzzzzzzzzzz.....

Info penting untuk pengajar...Perlu take notes!!!

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua;

Di pagi yang sangat ceria & best ini Cik Bada nak share tentang BETAPA PENTINGNYA MENJAGA PENAMPILAN DIRI di tempat kerja. Info ini Cik Bada baru sangat perolehi waktu duduk sembang-sembang dengan collegue pagi ini. Jadi Cik Bada rasa sangat bertanggungjawab untuk berkongsi apa yang tersangat penting terutama wanita-wanita.

Selama ini ramai yang anggap kerja sebagai seorang cikgu/pensyarah ini sangat lah mudah. Pergi kelas, ajar sampai faham kemudian balik. Kemudian pegi makan, balik ofis semula dan sambung semula pegi kelas. Kalau semua nak tahu, apa yang anda fikirkan sangatlah tak betul!!!!!!.

Cikgu/Pensyarah masa kini bukanlah hanya datang untuk mengajar sahaja. Kami perlu juga deal dengan ramai orang (bukan saja dengan students tau). Antaranya:-
1. Kami perlu ambil tahu pasal perkembangan teknologi sebab students sekarang selalu test kami bab teknologi nie. Bile kami kurang ilmu, mereka terus tak berminat nak datang kelas kami.
2. Kami perlu juga buat kerja-kerja admin (kiranya pensyarah CUM kerani lah).
3. Kami perlu deal dengan orang-orang luar sekiranya kerja kami melibatkan kerja-kerja tender dan projek.
4. Kami menjadi ibu kepada students walaupun kami masih sangat muda. =)
5. Kami terlibat dengan banyak benda-benda documentation (EAC, ISO dan seterusnya....)
Ermmm banyak nak di list kan nie...Cik Bada dah tak larat nak taip. Nie cuma sebahagian sahaja kerja kami.=)...

Dan yang paling penting juga adalah penjagaan penampilan diri. Baru-baru ini, ada sekumpulan pelajar datang jumpa Cik Bada. Perbualan kami hanyalah pada mulanya bual kosong sahaja. Tapi lama kelamaan nya menjadi seperti perbualan yang sangat hangat apabila mereka cakap ADA PENSYARAH YANG COMOT PEGI KELAS. I was like.... Sangat menakutkan!!!! Students sekarang dah pandai & berani sangat komen pensyarah. Dulu waktu Cik Bada belajar, takut woooo nak komen pasal pensyarah.

Hasil sembangan Cik Bada dan collegue, kesimpulan nya:-

- Pensyarah perlu juga hadiri grooming kelas yang mana semua diajar semula bagaimana untuk tampil lebih kemas ke kelas. Kalau pompuan, tudung dan baju haruslah senada (janganlah pulak baju bunga-bunga,tudung pun bunga-bunga. Dah rupa pokok bergerak pulak...Sangat tak bagus.). Kalau lelaki haruslah kemas rambut dan pakaian haruslah digosok. 

- Kalau boleh pergi kelas kena lah wangi-wangi sikit.=)

- Bahasa yang digunakan haruslah positive. Jangan menggunakan terlalu banyak bahasa-bahasa negative. Students tak suka kot....They need motivation and positive words =).

- Betulkan postur badan ketika mengajar. Badan kena tegak...

- Suara haruslah dilontarkan secara lemah-lembut (bukan macam Cik Bada sekarang nie, cakap je SEBATU boleh dengar hahaha)

- Mengajar dengan semangat dan ceria. Muka dan attitude juga harus ceria tau. Memanglah students je kot yang tengok tapi bila semanat dan keceriaan pensyarah itu akan menyebabkan students lebih semangat datang kelas tau. Ini tak tipu tau. Dah diakui tadi =).

- Pensyarah perempuan pulak jangan kedekut kuarkan duit beli make-up. Make-up skit je tapi jangan la macam jadi tepung gomak hahaha. Cukuplah sekadar untuk menjadikan diri lebih presentable =)

Ermmm macam banyak lagi tips tapi Cik Bada dah lupa sebab banyak sangat. Anyway, ini semua boleh diapplykan next semester iaitu bln Mei ini.

Selamat mencuba...=)

Wednesday, March 30, 2011

Workaholic VS Workaholic

Boleh tak bayangkan bagaimana kalau 2 orang manusia yang sangat kuat berkerja(workaholic) bertemu?????? Best tak???

Sama ada 2-2 mula dan balik kerja bersama atau salah sorang pergi kerja awal dan balik dengan tersangatlah lambat... Tinggal la seorang yang tetiba tak pulak workaholic untuk hari itu...Keadaan menjadi sangatlah bosan sebab selalunya handphone a.k.a message yang jadi alat penghubung tp bila terlampau sibuk handphone pon dah lupa letak mana...

b.i.l.e.b.o.s.a.n.h.a.r.u.s.l.a.h.c.a.r.i.b.e.n.d.a.b.e.n.d.a.b.e.s.t.a.k.a.h.i.b.u.r.a.n.u.n.t.u.k.h.i.l.a.n.g.k.a.n.r.a.s.a.b.o.s.a.n

S.a.b.a.r.y.e.c.i.k.b.a.d.a.

Cara atasi kebosanan:-
S.i.l.a.b.a.c.a.m.a.g.a.z.i.n.e.s.a.m.p.a.i.t.i.d.o.y.e.r.

S.a.p.a.y.g.b.a.c.a.n.i.e.t.o.l.o.n.g.j.g.n.r.a.s.a.p.e.n.i.n.g.&.m.e.s.t.i.r.a.s.a.n.a.k.l.e.m.p.a.n.g.k.a.n.

Random talk

Malam semalam:-

Semalam Cik Bada sangatlah terasa nak makan spagetti carbonara. Maka jadilah Cik Bada seorang yang terlebih rajin. Untuk memasak haruslah ada bahan-bahannya kan. Kat rumah banyak bahan tak ada. Jadi Cik Bada terus pergi ke Mydin Putrajaya membeli barang-barang. Dan seharusnya Mydin itu sangatlah ramai orang. Yela gaji baru masuk, pastu mestilah ramai yang nak beli barang rumah kan.

Dah selesai membeli, Cik Bada teruslah balik ke rumah. Balik rumah terus mandi dan solat maghrib. Selepas solat, terus buat persediaan untuk memasak. Memula rebus spagetti, kemudian rebus ayam dan akhir sekali rebus bronkoli. Lepas itu saya ambil sedikit air rebusan untuk diletakkan dalam cream carbonara. Seterusnya saya terus masukkan cream carbonara dan juga air rebusan. Teruskan memasak sampailah masak.Masa yang diambil adalah 45 minit (sangat lama kan)....

Dan hasilnya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
-
-
-
-
-
-
-
-
Pandangan dari atas
Pandangan dari tepi

Banyak kan sayur-sayur dan ayam. Sayakan pemakan sayur yang sangat tegar..hahaha.Rasanya sangatlah nyum-nyum (tak malu puji diri sendirikan)....Kerana sangatlah creamy, banyak sangat lebih. Maka saya bawak pergi keje sebagai breakfast untuk pagi nie..

Pagi:-

On the way nak ke parking, saya dan paie singgah ke kedai buku...Intention saya adalah untuk membeli pembaris panjang. Tetapi ada sesuatu yang telah menarik Attention saya iaitu klip polka dot. Sangat comel klip itu.Nak tengok...


Meh meh tengok....













Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Keluarga klip polka-dot-pink

Comel kan....Jangan risau..pembaris pun saya beli bukan benda comel nie jer...=)

Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulilah

Sebelum nie Cik Bada kan suke marah-marah...tp sekarang Cik Bada dah happy dah sebab kerja marking Cik Bada sudah siap. Dan harini selepas balik dari invigilate exam, Cik Bada spend masa untuk memasukkan grade students...
-
-
-
-
-
-
-
-
Alhamdulilah...Syukur...

Kelas Cik Bada tak ada yang FAIL...Sebelum nie rasa risau sangat kalau-kalau mereka tak perform, tapi alhamdulilah.

(Butterfly tu adalah simbol subject Cik Bada ajar...Salah satu method yang digunakan dalam subject Cik Bada adalah Butterfly diagram method.=))

FYI, semester ini adalah semester pertama Cik Bada mengajar kelas. Keputusan students semester ini akan dijadikan sebagai motivasi kepada Cik Bada untuk mengajar dengan lebih baik dan teratur...Mana tak nya, semester ini sangatlah kelam-kabut.

Monday, March 28, 2011

Kerja siap!!!!!!!!!!!!!

Apabila Cik Bada sangat-sangatlah tekun (sanggup makan lambat, tak hiraukan orang dan orang pon tak sedar Cik Bada ada dalam ofis ke tak), kerja Cik Bada telah siap dengan jayanya!!!!
Horreyyyyyyy!!!!!
-
-
-
-
-
-
Happy!!!!
-
-
-
-
-
-
Best sangat!!!!
-
-
-
-
-
-
Lepas nie boleh la Cik Bada tumpukan perhatian buat keje lain plak. Lega sangat bila dah abis marking yer kawan-kawan...Even di kala marking itu air mata Cik Bada mengalir je, tapi ketekunan dan ketumpuan Cik Bada berbaloi.

So...next time...bile nak buat kerja haruslah pasang azam yang kuat pada malam hari dan pastikan azam/target kita untuk habiskan kerja tercapai....

Okla...nak chau chin chao...nak balik awal harini sebab nak masak best-best untuk reward kan diri sendiri..=)

Bubui...=)

p/s: sok pagi invigilate exam..petang kena siapkan paper gak (nak tanam azam start petang nie terus =))

Thursday, March 24, 2011

Drama sungguh

Pagi tadi berlakunya drama yang teramatlah mengerikan memalukan. Mengikut cerita dari sumber yang sahih, ada budak nak buat percubaan untuk bunuh diri. Budak itu dah telan banyak ketulan ubat (kekonon nak mendatangkan khayal la aka kalau bunuh diri tak rasa apa pon kot..).

Mengikut fakta yang sahih dan benar, budak itu tinggal di apartment tingkat sepuluh. Tetapi untuk membunuh diri, budak itu telah turun ke tingkat dua. Macam tak logik kan....Kalau terjun dari tingkat dua, mestilah tak mati kerana tingkat dua bukanlah tinggi sangat dari tanah kecuali lah dah memang ajal dia. Patah-patah je insyaallah la..Tapi kalau dari tingkat sepuluh, insyaallah meninggal kot dengan izin Allah lah...Budak itu pada waktu itu dalam percubaan memanjat atas dinding tapi tak boleh-boleh sebabnya budak itu agak gemuk dan lonjakan badannya tak kuat untuk memanjat...Akhirnya budak itu berjaya ditenangkan, maka tak jadilah kejadian yang dibenci Allah...Budak itu terus dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut memandangkan budak itu dah menelan banyak ubat...Sungguh cliche kan...Makan ubat nak bunuh diri ----> Cubaan memanjat untuk bunuh diri -----> Tak jadi sebab kekawan berjaya pujuk -----> Masuk hospital sebab telan banyak ubat..=)

Menurut penceritaan kawan-kawan budak itu, budak itu nak bunuh diri kerana sangat benci dengan abangnya yang tinggal di KLIUC. Jadi, budak itu decide nak bunuh diri. Ermmmm...sangat entah apa-apa kan plus macam bodoh tak boleh berfikir pulak. Hanya budak itu tahu hal sebenarnya dia nak membunuh diri...Mungkin untuk mendapatkan perhatian..Who knows???

Kerana perkara ini ada seorang hamba Allah menjadi sangat jahat. Iyerlah...dahlah awak tu pengetua pastu boleh je lepas tangan pada felo dengan alasan tak sihat. Tapi kalau nak tau, pengetua itu adalah penipu...dia sihat tapi nak lepaskan tangan pastu yang terbaikkkk sangat-sangat dia menyalahkan felo kerana tak alert!!!Come on...Macam mana la felo nak tau kalau takde orang lapor PLUS dia pon dapat tau dari orang jugak kan. Tak kan datang dengan sendirinya instinct tu..logikla sikit pompuan oiiii!!!! Pastu boleh tak dia mintak felo hantar report ASAP pasal kejadian itu dan bile dihantar sedap je dia bagi email informkan pada semua pasal budak itu. Kata tak sihat tapi boleh plak ek...Haisssshhhh...Manakah perginya tanggungjawab ko..Dahla bile meeting selalu cakap "Girls...kita mesti buat keje dgn ikhlas.Hanya Allah saja yang akan balas kebaikan kite"..Tapi mengikut pemerhatian, dia buat keje tak ikhlas langsung.Berkira nak mampus pastu nak nama je....Lepas tue siap menipu lagi kekonon sakit aka demam....Apa kejadahnya kalau boleh hantar email secara laju berdesupppp...Itukah ciri-ciri LEADER yang dia cuba tonjolkan????Sangat tak faham!!!!

Ok..stop Cik Bada dari membebel dan bergosip...Nanti kena cop jahat plak...

Tapi ada Cik Bada kisah?????

.................................................