Cik Bada sangat bersyukur....akhirnya impian dan harapan Cik Bada tercapai...
Alhamdulilah....
Gambar ni adalah di dalam kereta ketika sedang tunggu orang..Bila bosan haruslah mengedik dgn kamera dan apa sahaja yang ada dalam kereta. Pengsan orang yang ada dlm kereta tu gara-gara kengadaan Cik Bada =)
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
__
_
_
_
Cik Bada memperkenalkan....Jantung hati Cik Bada.....
Nama lelaki ini adalah Ijat. Dia adalah seorang yang sangat penyabar melayan kerenah Cik Bada (ngada-ngada, cengeng, dan suka merajuk...Ooooopppsss lagi satu...kuat marah). Alhamdulilah...setakat ini dia adalah sangat memahami Cik Bada...Alhamdulilah...
Detik perkenalan...Kami berkenalan melalui rakan kami (terima kasih Faliq dan Rubi!!!). Waktu itu Cik Bada masih di dalam fasa mencari hiburan untuk mengembirakan hati Cik Bada yang pada waktu itu telah melalui dugaan yang menyakitkan hati. Tetapi munculnya Ijat telah menambahkan keceriaan di hati Cik Bada. Pada mulanya, kami hanyalah sekadar kawan. Sekadar tegur-menegur dan hanya berjumpa apabila adanya Faliq atau Rubi. Lama-kelamaannya kami semakin rapat. Kami mula serasi bersama..Mula pandai keluar berdua (tak tau malu kan hahaha).. Dan kami sendiri tak tahu bila kami mula rapat dan declare couple hahaha mungkin sebab kami 2-2 boleh digolongkan sebagai yang sangat blur...Dan kami hanyalah ikut flow sahaja. Tak terlampau berharap....
Sehinggalah...pada suatu hari...si dia telah membuat keputusan untuk kami berdua..Alhamdulilah...
Cik Bada harap kami bahagia sehingga akhir hayat kami di dunia & akhirat. Saling sayang menyayangi, faham memahami, cinta mencintai, hormat menghormati, kasih mengasihani dan paling penting saling berkomunikasi...
Terima kasih Ijat sebab sudi menerima CIk Bada..








































